Tuesday, November 29, 2016

Working at Mega Prestima

Assalammualaikum,




Hampir 2 tahun aku bekerja di Mega Prestima. Semasa dalam tempoh 2 tahun ni aku dapat la merasa setahun penuh bonus. Berdasarkan pemerhatian aku, semasa bekerja di Mega Prestima ni, bonus yang aku dapat adalah sebanyak 2 kali bagi tahun lepas. Jumlah bonus yang aku dapat adalah bersamaan 1 bulan gaji. Kalau nak dibandingkan dengan syarikat kawan –kawan aku yang lain, kebanyakkannya sekali setahun sahaja dan kadang-kadang tak ada langsung. Lebih malang lagi, ada syarikat yang tidak diberikan gaji kepada pekerja selama 2 bulan. Boleh bayangkan tak kalau sumber pendapatan putus selama 2 bulan?. Kalau aku yang ‘single’ ni tak apa lagi. Boleh korek-korek duit simpanan. Kalau yang dah ada keluarga tu, camne? Nak beli lampin anak lagi, duit sekolah anak lagi. Hemm, tak boleh nak dibayangkan dengan akal fikiran aku ni betapa sempitnya keewangan lebih-lebih lagi kalau jadi ketua keluarga dalam sesebuah keluarga tu. Bagi aku, bonus yang aku dapat ni aku anggap banyak!. Bonus yang aku dapat ni, terus aku simpan dalam ASB. Boleh la, untuk mengembangkan duit gaji aku lagi. :D. Bukan kedekut untuk mebelanjakan duit tu. Tapi, aku percaya pepatah melayu “ sikit-sikit, lama-lama boleh jadi bukit”. Kalau sikit-skit menyimpan, lama-lama insya-allah akan jadi banyak !.


Gambar 1. Sumber dari Google

Selain dari duit bonus, pada bulan puasa, semua pekerja diberikan kurma percuma. Dari operator sehinggalah ke pihak pengurusan . Bila dapat kurma tu, rasa gembira dan teruja nak sambut bulan Ramadhan. Selain seronok berpuasa dan berbuka puasa bersama-sama keluarga, aku jugak gembira dapat sembahyang terawikh di masjid bersama-sama orang kampung aku di Masjid Labu Hilir. Selepas solat tarawikh, aku pun ‘join’ tadarus al-quran yang dianjurkan oleh masjid itu. Sebab awal-awal lagi sebenarnya, ibu aku dah taruk nama aku untuk peserta tadarus al-quran Masjid Labu Hilir -___-. Mengaji pun, dengan mak cik-makcik. Tapi makcik tu, bulan lah calang-calang makcik. Diorang punya ilmu tajwid mantap!. Dalam keterpaksaan tu, hakikatnya aku dapat jugak pahala tadarus sebenarnya :D. Terima kasih IBU. Selain daripada dapat kurma percuma, semua staf Mega Prestima dapat juadah makanan percuma yang diberikan setiap Hari Bekerja sepanjang bulan Ramadhan!. *Mata tu janganlah terbeliak sangat* Huhuhu. Juadah makanan tu ‘complete’ dengan nasi, lauk, ‘dessert’. Hamboih, dengan dessert sekali tau!. Memang lepas berbuka puasa terus senak perut, sebab dapat makan banyak. Setiap kali balik rumah, ibu mesti tanya” Haaa? Hari ni, lauk apa pulak? “. Hehe. Sebab, lauk sangat beraneka. Aku pun tertarik nak tau lauk apa setiap hari. :D.

Pemberian makanan dari pihak Mega Prestima 

Kurma untuk diagih-agihkan kepada pekerja. 

Aku tengah jadi MC. HR tak datang jadi aku pun takeover lah. Berpatut-pantun bagai . Kahkahkah 


Apabila nak menjelang Hari Raya Aidilfitri , syarikat aku juga memberikan duit hari raya sebanyak RM500 setiap orang. RM 500 ! Banyak weyh. Sebab aku jangkakan akan dapat RM 100 atau RM 200 je. 100-200 tu pun aku kira banyak tau!. Dah dapat duit Hari Raya ni pun kira Alhamdulillah, sebab dapat lebih dari apa yang aku jangkakan. Jadi, dapatlah aku bagi duit lebih untuk Hari Raya kat Ibu dan Ayah.

Banyak lagi kelebihan-kelebihan lain yang aku dapat semasa bekerja di Mega Prestima ni. Nanti aku sambung lagi yeaa. Baru sedar, rupa-rupanya aku dapat banyak benda percuma dari Mega Prestima ni. Belum cerita lagi dapat makan mewah di Victoria Station dan di Gabo Chit Chat, Traders Hotel, KL.



No comments:

Post a Comment