Thursday, January 17, 2013

My dad

Ayah


Banyak kali dan bekali kali aku rase terpanggil untuk menulis sesuatu tentang ayah aku. Lain orang, lain la caranye. Kadang- kadang aku x tahu sama ada ayah aku sayang aku atau tak. Aku pulak tak pasti adakah lelaki susah nak tunjuk perasaan diorang kalau die sayang kite. Banyak bende yang kadang- kadang aku rasa aku terlepas pandang malah tak sedar langsung dengan kasih sayang yg aku tak tahu wujud atau tidak.
Tetapi yang pasti.

1. Aku dibesarkan oleh ayah aku sebab mak aku still kerja dan ayah sudah besara.
2. Masa kecik ayah akan pastikan aku sentiasa sihat dan dalam setahun mesti pegi check gigi walaupun sekolah ade buat pemeriksaan gigi yang percuma. *Mungkin ayah risau kalau aku sakit gigi kot *
3. Mase mula darjah satu ayah yg tunggu aku tepi tingkap walhal.. Orng lain mak-mak diorang je yg tunggu sbb diorang suri rumah. Ibu aku keje.
4. Ayah yang hantar aku setiap hari ke sekolah selama 6 tahun. Belum campur sekolah menengah. Aku tahu drive tu penatnye mcm mane.
5. Ingat lagi mase tu jari aku tersepit kat tingkap kete mase ayah aku da nak start tutup tingkap. Aku nangis bagai nak rak padahal tak sakit pun. Saje nak amek perhatian. Kemudian ayah aku sepitkan jarinya di tingkap kete untuk menghukumi kesalahannya. Aku terdiam dan tersentuh. Aku rasa bersalah kerana kelakuan aku .
6. Di majlis hari jadi aku yang konon2 aku nak buat kecik2 .Ayah hadir dengan membawa kek tanpa aku pinta dan membacakan doa. Aku bukan nak buat majlis. Tapi mngkin ayah aku fikir yang aku tak penah sambut besday dgn kawan-kawan jadi ayah seperti merialisasikan impian tu. Tapi pada masa itu aku bodoh dan tuli. Aku tak nampak ape yang telah ayah aku pertaruhkan . Pada masa tu umur aku sudah pun mnjangkau 18 tahun. Dan ayah 67 tahun. Di sudut hatiku, aku tak mahu susahkan ayah aku. sbb aku dah siap masak semua makanan seawal jan 6 pagi.
7. Ayah orang pertama yg bagi aku henset selepas mendapat tentangan dari ibu.
8. Ayah orang pertama yang belikan produk untuk kuruskan badan dengan harapan apa yang anak perempuannya kurus dan cantik.
9. Ayah lah yang paling sedih di saat result matrik aku teruk dan aku kecewa serta ayah aku turut terkesan. Aku nampak replika rumah baru yang nak dibina ayah campak dan koyak-koyakkan. Sekali lagi aku menjadi bodoh dan tuli. Tapi saat itu, aku seperti orang gila yang hilang akal. Koma. Kaku. Semua kerana salah aku.
10. Ayah menurut segala apa yang aku pinta. Sampai ayah sukar membuat keputusan. Aku patut dipersalahkan dalam segala hal.

Pernah bila aku duduk berfikir di rumah di terengganu. Aku menangis merindui dan menyayangi ayah aku. Aku sendiri tak tahu macam mana nak meluahkan dan menghuraikan betapa aku sayang pada ayah aku. Aku juga tak pasti adakah ayah aku dapat melihat aku

1. Di saat aku mula berumah tangga
2. Di saat aku mempunyai keluarga dan bekerjaya serta membalas jasanya.
3. Di saat aku meningkat usia.
4. Di saat aku gembira keranaya
5. Di saat aku bahagia kerana dirinya.